20 January 2014

its a wrap of semester

Assalamualaikum

alhamdulillah kita dah tamat semester . memang haru baru hidup masa tengah final haritu . tidur tunggang langgang . rasa macam bumi ni hanya ada 1 jam sahaja . dalam 1 jam tu semua benda nak dibuat . perjalanan final kalini memang berat . plus fakulti kita ni fakulti yang suka 'tutup pagar' . maksud 'tutup pagar' tu kitorang akan jadi orang terakhir yang habis paper . orang lain dah dua tiga hari tidur bawah ketiak mak ayah . kitorang baru nak merasa ~ kesian gila ..

semester kali ni for the firstime kita amek third language . at first nak amek mandarin . senang sikit kalau cina sepet carut .. kita tahu laa nak balas apa . hahaha lagipun requirement sekarang mostly nak mandarin jugak . tapi sayang tak sempat daftar . sebab kelasnya penuh . so amek laa al-lughatt al-arabiah . bahasa arab pun okay jugak . mungkin lagi senang .. sebab bahasa kitab kita kan . bab nak menyebut setakat ni alhamdulillah takde masalah laa . plus third language ni tak masuk final . by the way , kali ni kita amek lagi subjek BEL tapi kod baru ELC . hmmmphh . malas laaa nak comment subjek ni . siapa kelas AM 228 BA3Iolllls mesti tahu lecturer tu macam mana . bak kata si ajip 'seram gila lecturer korang . rambut maggi , pastu lipstik secotek ' . itulah ajip . hahah plus si ajip ni tak sama kelas ELC ni dengan kita . so dia berani laa cakap cenggitu .

terharu tengok makcik kita ni :')
final kita dimulakan dengan subjek CTU (agama) . kalau diikutkan ada beberapa subjek tak payah amek . sebab ada pengecualian kredit . termasuk subjek ni . tapi sebab dekan kita dah tukar pelan pengajian .. kitorang dikira malang sebab semua kena amek balik (-.-)". so perasaan dia rasa macam memang masa diploma dulu amek setakat nak buat cantik transkrip je . penat laaa nak amek lagi sekali . plus most subjek kita ni membaca . yang CTU ni terlalu sejarah dan fakta . salah goreng .. dia punya hangit sampai next semester boleh bau lagi . hahahaha . konon taknak balik study week . sebab nak study . last-last kena jugak balik sebab apa entah . hihihi sampai sudah tak studynya . lepas tu apa lagi sampai uitm barulah terhegeh nak bukak buku . hihii . takpelah . kita doa ustazah kita tanda dengan tenang . risau dia terberanak je masa tanda paper kitorang . hahaha maklumlah ustazah tu sarat and her first baby . ehemmm . semoga ustazah selamat bersalin (^^,)

next paper kita selang tiga hari . paper LAW .. hmmmpph paper ni pun under pengecualian kredit . heiii ingat senang ke nak study law ni .. satu hari belum tentu kita boleh hafal semua kes dan fakta serta akta yang ada dalam buku tu . nasib baik ada acha . acha ajar kita pasal hire purchase . dulu masa diploma , rasa topik hire purchase ni susah . owhhhhh senang jugak rupanya . hihi thankyou acha (^.^) .. so first thing bila masuk dewan exam tu .. kertas soalan di selak . okayyy target mengena . kihkih . dan benda paling kelakar adalah perut berbunyi masa suasana sunyi yang menyelubungi dewan tu . tetiba bunyi perut kemain . tapi nasib baik takde orang dengar sangat , so lega sikit . tapi lapar dia ... Allah je tahu :-/

selang sehari kita sit paper OB (organizational behavior) .. saat macam ni lah stress mula mendatang . nampak OB ni macam senang . tapi dia punya topic kalah LAW . baru terasa OB ni payah dari LAW . plus kitorang dah biasa jawab LAW . hihihi . so dah tahu pattern . cuma bila sampai OB ni . muntah darah okay . ada 13 topic yang perlu dicover dalam masa sehari . hmmmph bukan 13 topic yang kita cover . cover dalan 6 topic je . penat weiiii .. nak kejor masa tu . ingat senang ke ? pffffttttt (-,-)!

kejadian yang sama berulang . selang sehari 15 topic untuk ENT yang dah pernah amek dekat diploma kena cover pulak . ni pun sama piil macam LAW dengan CTU . ada pengecualian kredit . tapii haremmmmmm . kena amek jugak (-.-)" saya redha je . lecturer ENT ni sama pattern macam ELC tu . tapi ni okay sikit kot . cuma dia ajar memang tak paham laaa . hahahaha . Alhamdulillah haritu dia kata kami semua lulus . TERIMA KASIH DR. kebetulan pulak test kita fail . so taktahu nak anggar apa dengan ENT ni . hmmphhh . hanya berharap lulus . tapi yang paling best . lecturer kita ni siap pesan ... " siapa jawab esei panjang , dokter potong markah " hmmm nak jadi cerita , budak fsppp ni kalau jawab exam esei tu boleh buat novel berepisod . siapa kaki kencing memang sedap dia goreng dalam paper . hahaha . cuma jangan salah goreng je laa .


so alhamdulillah .. azab akan berakhir .. sikit je lagi . dengan gap 5 hari saya dapat rehat dan focus dekat account .. account yang lebih kurang macam diploma . habes je paper ent .. ajip ni memang study partner account kita . bukan dia je . zura , acha , farah , wawa , meri , dan ramai lagi tapi sebab kitorang satu kolej so anytime boleh . cuma dengan si ajip ni . almost everynight dia akan datang library rebut meja . hahaha . kalau tak .. study dekat kolej kita dan kejadian haritu boleh berulang . kita ni bukan la pandai sangat account . tapi kalau orang mintak kita ajarkan . why not kita ajar dan kongsi ilmu yang ada . sebab akan bagi kebaikan pada kita jugak . dan kerana account . kesian roomate kita . kena tinggal jugak . kadang-kadang kita balik 
 lewat sangat . maaf mira :-/ ..





yeayyy last payper last payper . hmmmph tapi kalau dah last ni memang makin pemalas laaa nak baca . nak-nak pulak dengki tengok roomate kita habis awal . hahahaha . dia dah balik kita tak balik . hahahah . kemain si mira ni eksaited bila dia tahu dia dah habis paper . im happy for you . roomate masa diploma sampai ke degree . inilah roomate kita . masa ada satu paper tu . tetiba kita macam ada sedikit tekana emosi jiwa . hahaha dia punya risau dengan kita . mana taknya kita tak buat pape pun . tengah makan pun kita boleh nangis . takde over sangat . cuma menitis je laa . laju pulak tuh . hanya Allah tahu betapa kita sayang makhluk ciptaan yang Dia utuskan untuk jadi teman kita . im gonna miss you makcik :'(








dan bila berakhir paper hari sabtu haritu .. aktiviti kegemaran kami . bergambar ~ kita ni kan macam perasan cantik perasan comel . hihihi . pantang nampak camera . tapi kita kesah apa . hihihi
Terima kasih atas segalanya sahabat . maaf jika ada terkurang dari aku insan yang dil lagi kecil . andai panjang umur jumpa lagi . terima kasih Shah Alam , bagi aku peluang untuk cipta satu kenangan bersama mereka . kenangan bersama teman baru . banyak benda aku nak rindu dengan kau shah alam . nasi putih paprik dengan telur dadar , nak rebut meja dekat library , rindu menara engineering . kalau look around mesti dapat spesis engineering . rindu menara saas . rindu nak naik bas semata nak pergi kelas even kelas tu dekat dalam kampus . hahaha dan paling rindu 92 ANAK TANGGA . thanks for everything :*

kbai ^^ 
p/s: kawan-kawan yang lain gambar anda akan aku upload next entry :')

copy paste are not allowed . be yourself . thanks for read this entry

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...