14 April 2014

sakai dowh family

Assalamualaikum ..

ini adalah masa curi . kita curi masa study untuk share pasal family baru kita . haaaaaaa mesti semua ingat family mentua . hihihi . family tu akan datang . insyaAllah *soon* hihihi .. sejak duduk seremban 3 ni .. makin hari makin gila kita dibuatnya . lagi-lagi duduk serumah dengan manusia-manusia yang boleh tahan gila . boleh tahan sakai dan boleh tahan dowh .. okayy inilah salasilah keluarga SAKAI DOWH . hahahahah 
*mampus aku kalau budak-budak ni baca*
p/s : ini adalah entry jimat ruang ~

mohon teka :p yang atas ada sanggul tu mak yang rambut cacak tu ayah . yang lain siblings :p

dalam sakai dowh family , kita ada mama dan papa . hihihi . lepas tu adik beradik kita ada 4 orang . semua perempuan . hahahaha *satu rumah pulak konfirm konfirm laa perempuan* .. okayy mari kita berkenalan . hahaha . ehem ..


haaaa ini zalia .. ni merangkap papa . kenapa kami panggil papa . sebab dia garang . nampak garang . tapi hati dia bapak berbunga . manja gitu . lagi-lagi kalau jumpa mama kita . hahahaha .. kalau siapa nak keluar malam . dia mesti akan tanya dengan siapa . balik pukul berapa .. dan macam-macam pertanyaan yang memang macam gaya seorang ayah . hahaha . itulah bagus nya dia . dia sangat care dekat semua housemate dia . lepas tu kalau kita naik motor dengan dia , dia mesti akan cakap .. *bawak ida naik motor macam bawak daun kering . tak sedar aku pulas sampai 60* lepas tu kalau dia gelak .. memang takde sape boleh kalahkan dia . dan trademark dia .. terima kasih muah muah muah . hahaha . kalau cerita pasal petai . kitorang berdua gelak sampai bergolek ^^ haritu dia jadi manusia paling blur .. sebab dia tak sedar semua budak rumah dia tengah berlakon ~



gadis acah-acah blur ni .. nama dia nadiyya . ini merangkap mama . sebabnya dia macam belangkas dengan zalia . kalau nak cari zalia .. tanya je nadiyya . dia mesti tahu . hahaha . lagi satu .. masa kawan kita sakit , kita pergi kelas naik kereta dengan dia .. berhimpit anak-anak dia dekat seat belakang . kadang-kadang tu . 7 orang naik kereta dia . hahahaha . 4 anak duduk belakang .. sorang mesti atas pangku zalia . hahaha . tapi yang pasti bukan kita laa .. lepas tu nadiyya ni kalau keluar malam . mesti akan tanya semua orang nak kirim apa . dan dia dah tahu sangat kalau kita kirim mesti milo ais je . hahaha . dia cantik dan manja . dan kaki buli jugak . hahahaha . serius tak tipu , dia nampak je manja . tapi kuat buli . hahaha . dan extra nakal . hahahaha . nakal dia pun . dia sangat baik . dan dia la yang bagi kita nama rahang .. sebab kita selalu sakit rahang :/



yang ni nama dia mira . mira ni comel gila . pergi mana mana mesti bawak 'sesuatu' hahaha . takkan nak cakap apa dia . kang segan dia kang . hihihi . lepas tu dia rajin sangat buat aktiviti goreng menggoreng .. hihi . kadang-kadang kita cakap kat dia .. *miraaaaa .. laparlaaaa . hihihi* . lepas tu mesti dia goreng sesuatu untuk kita . dia classmate kita .. dia ni boleh dikatakan penyimpan rahsia yang baik . dan pendengar yang baik . kalau kita nak bercerita .. kita mesti ajak dia . dia boleh dilabelkan sebagai ZALIA II . sebab dia pun ada jugak partner yang memang suka gaduh . dia ni pun boleh tahan manja  sebab dia anak sulung dan anak bongsu . haaaa tak paham ? ermm cuba pahamkan .. hihihi .. 



yang cantik manis ni .. nama dia ainan tasnoom . hahahahahahahahaha . tak tak . nama dia wawa . tapi dia ni kuat feeling kembar ainan tasnim . celah mana nak jadi kembar pun tak tahu laa . by the way dia ni blogger jugak . yang ni selama kita duduk serumah dengan dia .. kemain lagi hari-hari cakap nak kurus . lepas tu kalau nampak kita , mesti akan cakap . *kau kecik* pastu pegang perut kita la pegang paha kita la . sama je macam nadiyya . hahah . dia ni boleh tahan ganas . kalau pukul pun agak bisa . dia ni ada gastrik . lepas tu degil pulak tu . ada sekali tu kita urut perut dia . kita pulak yang kembung . hahaha . dekat rumah seremban kerja dia melompat-lompat je . lepas tu pesen dia nak text .. mata dia kalau boleh kena lekat dekat screen tepon :p hihihi . dia rajin jugak lepak dekat bilik kita ~ dan dia ni senang kena kelentong dengan kita . hahahaha



yang tinggi nama dia zura . dia ni pemalu . pemalu tahap infiniti barang kali . hahaha sebab dia cepat blushing . hahaha . kadang-kadang kalau gelak muka dia cepat benor merah . hahah yang ni pun classmate kita dan jugak partner gaduh dengan si mira . so boleh dilabelkan sebagai NADIYYA II . hahaha . dia dari lendu satu kelas dengan kita . zura ni champion bowling . boleh jadi wakil rasah jaya . kihkihkih . dia pun kalau bawak motor boleh tahan laju . kita ingat lagi masa dekat shah alam . kitorang tengok movie insidious 2 , kemain lagi dia punya terkejut sampai terangkat kaki . hahahaha . dia ni pun pesen macam wawa . kemain hari-hari cakap nak kurus . takpayah kot .. sebab zura tinggi so tak nampak dekat mana yang perlu dikuruskan .. dan setiap .. kalau pukul 10 je .. dia mesti terperap dalam bilik .. dan mula aktiviti dia .. *kring kring* sebab tu nadiyya panggil dia zura gayut :p



yang ni tuan puteri . hahaha tak tak . ni ana . dia ni la pencentus sakai . pencentus dowh . tu yang terkeluar sakai dowh . kalau dia cakap .. mesti hujung dia ada sakai . takpun ada dowh . hahaha . dia orang utara . kadang-kadang kalau berborak dengan dia . kita boleh termurtad KL sekejap . jadi orang utara sat . kesian dia haritu . dia jatuh motor dengan mira . lepas tu dia dapat mc 3 hari tapi boleh sambung sampai 2 minggu . hihi . kenapa panggil dia ni tuan puteri . kalau dekat rumah seremban nak mandi memang akan rasa terseksa sikit . sebab air slow . lepas tu kalau dia nak mandi .. dia akan jerit dari atas .. *weh jangan kasi sapa sapa masuk toilet bawah na . aku nak mandi sat* hahaha . sekarang ni kita pergi kelas dengan dia . plus dia pun classmate kita . dan boleh dikatakan every morning kita akan kejut dia ..


haaa yang ni nama dia syahidah . paling comel paling kecil dan paling kuat makan (kadang kadang) hihi . dan kuat melatah . okay fullstop ..

so korang boleh laa teka yang mana satu .. lagipun ini adalah dedicated entry . and requested entry .. hihi . so nak jimat rumah . buat satu page je . 
dear the sakai dowh family ..
terima kasih menerima aku sebagai penghuni rumah tu . terima kasih kerana sediakan ruang yang kecil untuk aku dekat rumah tu . terima kasih sebab tumpangkan aku pergi balik kelas . terima kasih berkongsi barang makan dan segalanya dengan aku . hihi . maaf laaa aku curi gambar korang . semua aku kutip dekat fesbuk . kalau tak nak tukor gambor cakap kat aku . hahahaha . sayang korang :')

music begin with DO RE MI
alphabet begin with A B C
numbers start with 1 2 3
the friendship begins here
and the loves come from THE SAKAI DOWH FAMILY 


kbai ^.^
xoxo publish !



copy paste are not allowed . be yourself . thanks for read this entry

02 April 2014

bonding the housemate

Assalamualaikum ^^

ye kali ni kembali dengan entry lapuk . kali ni tersangat lapuk uollllss . cerita dua tiga minggu lepas . actually first week jugak la dekat seremban ni . minggu awal awal ni memang tak balik .. bila dah tak balik ni , memang kerjanya bergelimpangan laaa dekat rumah ni . bosan memang bosan . sebab tak buat apa . tapi bila ada housemate kerjanya asyik gelak kena buli sebab kita melatah lepas tu macam macam laa .. masa ni budak rumah kita tak ramai . sebab tiga orang pergi dungun , sorang balik sorang keluar . total penghuni rumah kita ni sepuluh orang . hurmmm apa lagi kira laaa . semua bijak math kan . kalau duit pandai kira mesti math tak fail kan . hikhikhik . tetiba sorang housemate kita ni cakap ..
mira : nadiyya jom keluar ..
nadiyya : nak pergi mana ?
mira : mana-mana je la ..
masa diorang berborak ni .. semua tengah bergolek depan tivi . konon nak jadi rakyat yang update and alert dengan cerita MH370 #PrayforMH370 :'( .. tengah berborak , budak yang balik rumah ( wawa ) dah sampai rumah sewa kita . berborak je kerjanya . kisah nak keluar ni belum tahu lagi ni . jadi ke tak .. hihihi . last last kita naik bilik duduk atas katil layan cerita korea . cerita 49 Days tu . khusyuk gila layan .. layan punya layan .. tetiba si mira bukak pintu bilik kita ~
mira : idaa . kau tidur ke ?
me : tak . kenapa ?
mira : kau nak ikut tak ?
me : pergi mana ?
mira : *mengucap panjang* .. si nadiyya zalia semua tengah . semua jerit nama kau ..                     kau tak dengar ke ?
me : tak .. korang nak pergi mana ?
mira : nak keluar laa . semua tengah siap ..
dengan gegas kita turun bawah kita tengok . ya betul diorang tengah siap .
nadiyya : idaaa , buat apa ? kenapa tak siap ? nadiyya jerit tak dengar ke ?
me : tak dengar laaa . *buat muka seposen*
gegas naik sesiap terus .. dalam masa lima minit . pap pap pap pap .. dan taraaaaaaaaaaa siap .. keluar bilik terserempak dengan zalia .. perghhhhh minah ni bantai gelak kat kittew :-/
zalia : hahahahahahaha ida takut kena tinggal
me : dah nadiyya kata semua dah siap .. tengok zura baru nak pakai tudung ..
semua gelak . yela memang patut digelak pun . sebab tudung herot berot . hahaha . memang macam apa dah rupa kita .. tapi still okay lagi . takde la teruk sangat rupa tu . hihi .

masuk kereta dan dengan pantas dalam masa 15 minit , dah sampai aeon dekat seremban 2 . so mira dengan zura pergi berjalan dan yang lain pergi makan .. taktahu nak makan apa , pastu nampak pizza , kitorang berempat masuk pizza .. 


yeayyyy perut kami dah penuh dengan pizza
lepas dah melantak . kita teman wawa cari barang . tetiba sorang housemate yang keluar tadi ( ana ) kita datang aeon jugak . sebab nak ambil kunci rumah . dalam menantikan si wawa ni habis cari barang dia . kita keluar kedai . terkejut tengok si ana datang duduk atas wilcha . haritu dia eksiden sikit . tu yang duduk atas wilcha ni .. 

ni laa ana . si ana ni pulak nak carik socks laa . kita pun tolak si ana ni . then bila si ana ni masuk kedai socks. kita duduk atas wilcha dia ni . hihihi . pastu nadiyya nakal . dia tolak kita kat wilcha tu . sesi beli belah dah habis .. sekarang keputusan harus dibuat .. nak tengok wayang atau bowling .. hurmmmm bowling game kesukaan kita walaupun tak reti main . asal campak bola tu mesti ke longkang durjana tu . hihi . dan akhirnya semua main bowling . yayyyyyyyy ... masa sewa kasut tu .. sekali lagi zalia gelak kan kita sebab kasut kita saiz dua . hmm . ni sorang lagi nakal  ~ hahaha 

masa nak set up bowler , nadiyya key in nama player , dia punya level gila sama je dengan zalia . dia pergi letak nama kita as RAHANG . sebab kita mengadu sakit rahang lately ni :'( .. so kiranya , bowling ni perlawanan antara RAHANG vs WAWA vs ZURA GAYUT vs MIRORO vs BOOOOOOO vs NADIYYA .. si mira ni main sangat comel . hihihihi . sumpah comel . hahahaha . dah .. kita kasi sarapan mata je laa . banyak sangat nak membebel . kang korang penat nak scroll sampai bawah . hihi ..

zura - nadiyya - wawa
me - zalia - miraa


kbai ~ ^.^




copy paste are not allowed . be yourself . thanks for read this entry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...