14 February 2012

.Ayat memujuk supaya lelaki cepat masuk meminang.

.salam. 

ehemmmmm .. nak tahu tak .. mak joyah selalu bagi kursus kahwin free kat joyah . err .. memang la nak kahwin . tapi bukan la sekarang ni . sekarang ni joyah nak belajar . pakwe joyah pun belajar .. mak ni ... huhu
mak : memang bukan tugas seorang isteri untuk buat kerja rumah ..
         memang suami yang perlu buat semua tu sebab tugas isteri
         hanya menjaga aib si suami dan rumah tangga . tapi kalau
         si isteri buat dengan ikhlas . besar ganjaran dia . sebab dia da
         bantu suami ..
itu lah dia salah satu kursus kahwin joyah dengan mak joyah . kuikui . sekarang joyah nak share .. macam mana nak pujuk lelaki supaya cepat masuk meminang (-:

1-Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada ALLAH

tips yang PERTAMA dan PALING UTAMA . Sebab apa ? Sebab ini adalah arahan ALLAH dan suruhan NABI SAW . Dalam fatihah yang kita baca sekurangnya 17 kali dalam solat pun, kita sentiasa berikrar “Iyya kana’budu waiyya kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah , dan hanya pada ALLAH kita mohon pertolongan . Habis kenapa kita tak minta pada ALLAH apa saja hajat kita ?

Tunaikanlah solat 2 rakaat , tadah tangan kepadaNya , mengadu dan mintalah pada ALLAH. Bukankah Nabi SAW dah ajar kita bahawa , kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada apa-apa hajat , kerjakanlah solat . Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran…

Lihat surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”

Kemudian , usaha lah dengan apa cara sekalipun dalam mencapai hajat kita . Masalahnya sekarang , sudahkah kita solat 2 rakaat minta hajat kita diperkenankan ? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita ? Tepuk dada , tanyalah diri sendiri

2-Ajak jumpa dan perkenalkan lelaki atau pakwe dengan mak ayah kita

Tunjukkan bahawa anda serius dalam perhubungan anda dengan dia . Kalau anda belum pernah perkenalkan lelaki atau pakwe anda pada mak ayah anda , maka lakukannya segera . Ajak la pakwe anda jumpa dengan mak ayah anda . Lagi baik kalau anda minta lelaki atau pakwe anda tu bawa mak ayah dia jumpa mak ayah anda sekal i. Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan
dia . Kalau reaksi dia OK dan macam excited jer, maknanya lelaki atau pakwe anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi macam2 alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main2 saja dengan anda.

Pada joyah , sebelum anda memujuk dia masuk meminang, apa-apapun, anda kena pastikan betul-betul dulu adakah lelaki atau pakwe anda tu betul2 serius dalam perhubungannya dengan anda . Kalau dia sendiri tak serius dan hanya nak main2 dengan anda , adakah orang yang macam itu anda harapkan untuk masuk meminang anda ??

So,  kenalpasti dulu , pada tahap mana pakwe anda tu serius dalam perhubungannya . Kalau dia betul-betul serius , barulah anda boleh pujuk dia . Kalau dia nampak macam nak main2 saja dengan anda , pada saya , tiada gunanya pun anda pujuk dia . Sebab dia hanya akan bagi macam2 alasan dan helah untuk tidak masuk meminang anda , apatah lagi nak menikahi anda . Nasihat joyah, kalau ada lelaki atau pakwe yang macam tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain sajalah. Kumbang bukannya seekor kan?
sayang jom jumpa parents sye .. *err da jumpa kan*

3-Berterus terang sajalah

Pada joyah , takde jalan lain yang paling bagus dan berkesan bagi memujuk lelaki untuk masuk meminang melainkan, anda kena berterus terangdengannya . Ajaklah dia berjumpa di mana-mana dan berterus teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya . Luahkan semua perasaan dan rancangan anda pada dia .
Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan perancangannya pula . joyah yakin , kalau dia betul-betul serius dengan anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda . Masa tu , kalau dia kata dia masih belum bersedia , tanya pada dia , agak2 bila dia akan jadi bersedia ?
awak . sye nak kahwin dengan awak .

fakta : wanita dijadikan daripada rusuk lelaki . dengan siapa kita kahwin . maka dialah lelaki
          yang memberikan rusuknya untuk menciptakan kita supaya kita dapat menemannya di dunia ini


kbai
-_______-
#malu ...

 
copy paste are not allowed . be yourself . thanks for read this entry

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...