assalamualaikum kengkawan ..
sejak post berpuluh entry berturut-turut ni kemain salam pun hilang eh . hahahaha mula lupa diri lettew dah dapat belog lama ni ha .. and nampak tak header baru kita .. hihihi walau tak catik mana tapi bermakna . memang la bermakna kan .. sebab titik peluh kita cari photoshop ~ plus sekarang laptop kita dah bertukar .. and most application yang kita pernah guna dulu kena download balik .. moh ler kita mula kan penceritaan ^^
kaki melangkah ke alam baru . alam yang lebih matang . bersama teman baru . dan mungkin ada teman lama . tanpa keluarga . mungkin sebulan sekali bertemu . tanpa sang arjuna juga . maka itu mulalah percintaan utara - selatan :-/ DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM .. sesuatu sangat 'alien' pada kami secara majornya . mungkin pilihan atau desakan keluarga atau pilihan sendiri . setiap mereka ada cerita sendiri . bagaimana dengan diri 'dia' ..
si A : kau sambung belajar mana ?
'dia' : aku sambung dekat UiTM Melaka
si A : laaa sama laa . kau course apa ?
'dia' : Pentadbiran Awam
si A : ada ke ? course apa tu
'dia' : *garu kepala*
memang course ini sangat asing pada 'dia' . apakah 'dia' tersalah pilihan . kenapa 'dia' memilih ini .. mampu ke 'dia' nak teruskan benda yang asing ini . hmmph kuatkan hati teguhkan iman . 'dia' terima sebagai cabaran . 'dia' niatkan untuk kedua ibu bapa dan seluruh keluarga . permulaan semester pertama berada dalam keadaan yang baik .. begitu juga sehingga ke semester lima iaitu semester terakhir . perjalanan dua tahun setengah berakhir dengan penuh keberkatan . sepanjang dua tahun setengah menempuh dugaan sebagai penuntut , berbaloi . dan alhamdulillah 'dia' tidak pernah mengambil subjek yang sama (repeat) .
sepanjang dua tahun setengah itu bersama teman menuntut ilmu , menempuh dugaan bersama beban yang dipikul . kadang 'dia' hampir mengalah . tapi 'dia' masih utuh berada di sini demi keluarga dan masa depan .
dan 'dia' adalah KITAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA .. hahahahaha gittewwwww kau . falsafah bagai panjang sikit . tapi itulah cerita 12 NOVEMBER 2013
Alhamdulillah . kita dah officially a holder of PUBLIC ADMINISTRATION . yeayyyy *clap clap* bangga dengan diri sendiri . dulu macam tak yakin . tapi bila niat kita betul .. InsyaAllah . Allah kuatkan hati kita untuk menerima sesuatu yang baru . selama dua tahun setengah bukan sesuatu yang mudah walau nampak sekejap je . tapi dia punya tough . killer subjek dia buat budak-budak ni boleh mati tercekik jugak kadang-kadang . lagi-lagi subjek law . tiga sem berturut kena amek law . lepas budak-budak dah boleh cakap based on evidence . hahahaha . maksud kita budak-budak ni dah mahir la nak jawab law tu ..
mak ayah . akak harap akak mampu buat mak ayah tersenyum dengan pencapaian akak yang tak seberapa ni . walau tidak sebagus mana , tapi ini untuk mak dan ayah . terima kasih kerana sentiasa berada dengan kakak saat jatuh bangun kakak selama ni . doa mak dengan ayah kakak tak lupa . jasa mak dengan ayah tak termampu nak balas . tapi kakak hanya berharap apa yang kakak gapai mampu untu buat mak ayah tersenyum .. adek-adek . terima kasih jadi pensemangat kakak selama 21 tahun ni . hihihi . sayang , thankyou for every support . thankyou for keep patience and faith on me while we're far away . semangat awak tak pernah hilang . terima kasih pada kawan-kawan . sentiasa bagi pinjam bahu saat ieda nak menangis . saat ieda memerlukan . persahabatan hingga syurga :)
kbai
terima kasih kalian ^^
Tweet
No comments:
Post a Comment